Rahsia Solat
Kisah Jibrail
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud" "Setelah
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah
menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan
barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as
memandang dirinya sendiri dan berkata :" Wahai Tuhanku, adakah engkau
menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman
yang bermaksud.. "Tidak.."
Kemudian JIbrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah
swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
SetelaH selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti
ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia
yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad." Dia mempunyai umat yang lemah
dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang
hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran
mereka melayang bermacam=macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi
kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai
dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan
kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata:"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud..
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah
Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan
mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia
boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama
300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah
berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia
berkata dalam sujud:" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan
setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..
"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku
memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad
terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."