Rahsia Solat
Kebersihan Jasmani
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yg telah memakan bawang merah, bawang putih dan kurrath, maka
janganlah sesekali menghampiri masjid kita, kerana sesungguhnya malaikat merasa
susah dari perkara yg menyakitkan manusia." (H.R Muslim)
Rasulullah SAW sangat melarang orang2 yg makan sayuran yg berbau busuk supaya
tidak menghampiri masjid supaya bau busuk mulut mereka tidak menyusahkan
malaikat dan manusia.
Dari Jabir r.a bahwasanya beliau berkata: Rasulullah SAW telah datang kpd kita
kerana berziarah lalu baginda melihat seorang lelaki yg memakai pakaian kotor
lalu baginda bersabda: "Tidakkah orang ini dapat sesuatu yg dipakai untuk
membasuh pakaiannya?" (H.R Imam Ahmad dan Nasai')
Rasulullah SAW tidak membenarkan manusia menghadiri majlis2 dgn pakaian yg kotor
selagi dia mampu mencuci dan membersihkannya, agar orang yg demikian menyedari
hidayah Rasulullah SAW, supaya setiap muslm sentiasa bersih badan dan pakaiannya,
bagus pada lahirnya dan sedap dipandang. RSAW bersabda: "Tidak mengapa
kalau seorang dari kamu memakai dua pakaian utk hari Jumaat selain dari dua
pakaian kerja" (H.R Abu Daud)
[Mohd Ali Hashimi, Keperibadian Mslm, ms 57-58]